hari ini sangat berdebu sekali. pasir dan debu beterbangan. sesak nafas aku. ribut yang membawa pasir agak menyusahkan pergerakan dan pernafasan.
dari pandangan mata aku yang jahil ini, perubahan musim di mesir (atau lebih tepat lagi, di kaherah) agak unik. entah, sangat istimewa. setiap tahun, itulah dia. cepat atau lambat, suka atau benci, musim panas tetap akan menjelma. cuma adakala ia cepat dan adakala lambat. ini sekadar pandangan dari aku yang bukan pakar dalam bidang meteorologi ni.
ini kali kedua aku merasai perubahan itu. dari sejuk kepada panas. dari udara yang nyaman kepada udara yang berhabuk dan berdebu. dari kering kepada berlengas. yang pasti sangat berdaki dan menghitamkan kaki yang tidak berstokin.
esok jam 10 pagi aku ada ujian lisan. silalah berdoa untuk aku, jangan risau, kamu dapat pahala jika kamu ikhlas.
Sekadar pendapat atau ?
Posted by
shiroi

pendapat atau pandangan atau idea ialah suatu bentuk cerminan yang diterjemahkan oleh perlakuan manusia; kebiasaan dan kebanyakannya diluahkan melalui komunikasi (verbal dan bukan verbal) untuk menjelaskan kecenderungan seseorang terhadap sesuatu perkara, isu, perspektif, tanggapan,komentar,__________ (sila isi sendiri tempat kosong dengan makna yang seerti dengannya).
ini pengertian aku terhadap maksud kepada perkataan 'pendapat' secara kompleksnya. mungkin pengertian tersebut tidak lengkap dan sempurna. pengertian/definasi yang lengkap dan sempurna mengikut lajur ilmu 'mantik' disebut 'ta'riful jaami' wal maani' = iaitu pengertian yang merangkumi semua aspek yang bersangkut-pautan dan menolak segala aspek yang bercanggah-lawanan.
secara mudah, aku dapat simpulkan bahawa pendapat atau pandangan ialah satu cara untuk menunjukkan kecenderungan terhadap sesuatu lazimnya ditonjolkan dalam bentuk komunikasi verbal dan bukan verbal. sama ada kamu menonjolkan pendapat kamu melalui ucapan, khutbah, herdikan, kutukan dan sebagainya contoh, Ali berkata kepada Samad, Woi, Samad! Aku rasa kueh karipap kamu tidak seperti dahulu lagi. atau kamu meluahkan pandangan kamu secara bertulis sebagaimana yang telah diterangkan. contoh, Ravi berpendapat bahawa tindakan perdana menteri nombor sekian menyalahi etika seorang yang berperikemanusiaan.
sesiapa yang masih belum jelas sila baca ini dan ini atau di sini dan sini jika kamu masih belum dapat mengecap nikmat dari persemendaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris (PPSMI).

aku harap semua orang peduli tentang konsep ini. ya, konsep setiap orang memiliki pandangan yang tersendiri. terkadang unik dan tak jarang pelik dan jelik. tetapi sebelum itu, aku sangat berharap agar semua orang jelas tentang definasi, maksud dan pengertian 'pendapat'. makcik tanam sayur di kampung aku mungkin tidak akan dapat menangkap konsep pendapat yang aku jelaskan ini dalam masa satu atau dua hari, mungkin setelah tiga hari makcik akan beransur memahaminya. anda yang pandai menggunakan 'internet explorer' dan 'ym messenger' pasti dapat mengerti, kan?
justeru, sekarang aku mahu semua orang yang membaca tulisan ini untuk memberi ruang jalur lebar yang selebar-lebarnya untuk aku memuntahkan segala pendapat hanyir dan busuk di sini. kalau tidak suka, sila pergi. tulisan ini hanya untuk generasi 'makan bersudu'.
dan jika ada yang tidak bersetuju katakan tidak. noktah. tidak ada guna berbalah semata-mata untuk memenangkan pendapat sendiri. diulang, tidak berguna orang yang memenangkan pendapat sendiri.
sebenarnya, aku orang yang bertimbang rasa dan baik hati. oleh itu, di sini aku akan mempraktikkan amalan yang sangat mulia iaitu meraikan pendapat orang lain dan menerima nasihat orang lain. kamu semua patut mencontohi aku dalam perkara ini. walau aku jahat dan tidak sempurna dalam perkara yang lain, kamu mesti tetap wajib mencontohi sifat baik yang ada pada aku dan semestinya orang lain juga. kamu semua patut mengambil yang baik dan membuang yang jahat. ambil yang jernih buang yang keruh.
aku sangat anti dengan orang atau alien yang bersifat menghukum tanpa usul bicara dan tanpa tanda tanya. bukan kewajipan kita untuk menghukum orang lain dengan hukum yang bersifat umum. contoh: menghukum dengan 'pasti' personaliti seseorang melalui blog mereka, penulisan mereka, bentuk fizikal tulisan mereka atau cara mereka menulis atau apa-apa yang berkenaan dengan perkara yang bersifat subjektif. sila pergi mati kalau kamu orang yang menghukum itu atau sila ketepikan segala sifat mazmumah dan sifat yang tercela selepas ini.
bersambung selepas azan isya' kerana sekarang aku perlu pergi menagih.
7 - 1
Posted by
shiroi
sepatutnya aku harus mengulangkaji. tapi, rasa malas terus-terusan mengalahkan rajin. sungguh, lebih teruk dari kekalahan liverpol. 7-1 kot. tujuh nisbah satu. hanya sekali dalam tujuh kali. aku harap aku akan bangkit. nanti aku mahu segera bangkit. seperti arsenal akan bangkit dalam percaturan menentang m u sikit masa lagi. mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)