
sebelum aku menulis (buat artikel, surat jemputan mesyuarat, puisi, sajak, karangan bunga-bunga cinta bla bla bla) terasa kepala aku sangat sarat, penuh dengan idea. betul, rasa macam ada bom atom nak meletup dalam kepala. kadang-kadang sampai berdenyut-denyut kepala batu jemala aku ni petanda idea yang selama ini terkurung tidak sabar melungsur keluar.
tapi bila aku sentuh saja papan kekunci (err, keyboard) plop! secara automatik kepala aku rasa kosong, hampa, habuk pun takde. aku rase mungkin papan kekunci ada satu kuasa magis yang mampu menghisap habis idea-idea dalam kepala aku, lepas itu dihantar ke satu dimensi yang lain. atau mungkin terus dikunci di dalam papan, eh? ini penjelasan yang paling logik kot. entahlah, aku jadi bingung, tak tahu nak tulis apa.
aku ada satu teori, kalau kita sudah terbiasa menulis pakai pen dan kertas, kita akan rasa canggung bila menulis dengan papan kekunci, betul tak? tak tahu la kalau aku sorang je yang rasa macam tu.
memang dari dulu lagi aku ni jenis yang lebih suka mencoret atas kertas. jadi bila tiba-tiba bertukar medium untuk menulis, aku terus jadi kaku. takkan kena buat macam yang aku buat dulu-dulu; tulis dulu atas kertas, lepas tu taip balik dalam komputer. pergh, suatu pembaziran masa yang amat nyata!
dulu-dulu masa aku banyak. takpe, buat macam mana pun takpe. sekarang? dah tak banyak masa macam dulu. mana masa nak baca buku, mana masa nak pergi kelas. mana masa nak mengorat. mana masa nak berbual secara maya (err, chatting). masa mana nak mengadap guru-guru yang bertauliah dan yang yang tak bertauliah. dah la buku yang dah beli tapi belum baca makin menimbun. kalu susun elok-elok, dah sama dengan paras dada aku kalau tak silap. ceh, kalu beli tapi tak baca baik tak payah! download je e-book yang melambak-lambak dalam internet tu. haish.
susah kan nak ubah kebiasaan? susah macam mana pun, jika diimbangi dengan usaha yang secukupnya; InsyaAllah kita akan berjaya. kan usaha tu tanggal kejayaan? hahaha. tengok kawan kita kat bawah ni. dulu nenek moyang dia berusaha sedaya udaya untuk bertukar jadi manusia. sekarang tiba giliran dia untuk berfikir tentang method tranformasi yang paling sesuai untuk menjadi (seekor atau seorang?) manusia. tak tahu la nak jadi 'ape'.

natural selection anyone? :P
0 comments:
Post a Comment